Tuesday, July 20, 2010

Melaka Hari Ini: Penderma Darah Bertambah

PERINGGIT, 18 Julai - Bilangan penderma darah di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Di negeri ini, Tabung Darah negeri telah menerima hampir 3,000 pek dalam tahun ini.

Menurut Pakar Perunding Kanan, Unit Transfusi Perubatan, Patologi, Datin Dr. Nor Azian A.Samad, tabung darah menerima 24,790 pek pada 2007.

"Penderma meningkat sebanyak 26, 289 pek pada tahun 2008," katanya pada sambutan Larian Hari Penderma Darah Sedunia 2010 di perkarangan Stadium Tun Fatimah, di sini, semalam.

Dengan bertemakan 'New Blood For The World', Tabung Darah Negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), program itu dianjurkan bagi memperingati, meraikan dan menghargai penderma darah dan penganjur pelbagai organisasi di negeri ini.

Hampir 1,000 peserta mengambil bahagian pada program tersebut.

"Program ini adalah kali kedua diadakan disamping mewujudkan pendaftaran istimewa kepada penderma," katanya.

Pendaftaran istimewa ini bagi memudahkan tabung darah untuk berhubung dengan penderma apabila memerlukan darah dengan segera.

Organisasi yang banyak membantu sepanjang tahun 2009 ialah Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, SMK Pay Fong, St John Ambulance Area 3, dan 10 Briged Kem Terendak.

Sementara, penderma yang kerap menderma dan merupakan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun ini ialah, Andrew Kelios, Razali Jantan, Prabhakaran Pillai, Tan Siew Hwee, Norita Syed Hussain, Asmah Ariffin.

"Penderma darah yang ramai amatlah diperlukan kerana memerlukan pemindahan darah untuk pesakit yang mengalami kemalangan, kelahiran anak, pembedahan, barah dalam perut dan juga penyakit keturunan seperti Hemophilia," tambahnya lagi.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah larian, senamrobik, anugerah penderma darah terbanyak, penyampaian sijil, dan cabutan bertuah.

Hadir untuk merasmikan program tersebut ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan, Chua Kheng Hwa mewakili Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan, Datin Norpipah Abdol, Pengarah Kesihatan Negeri, Dato' Dr. Azmi Hashim, dan Timbalan Pengarah Klinikal Hospital Melaka, Dr. Raof Jantan.

Sumber: Melaka Hari Ini 18 Julai 2010

Tuesday, July 6, 2010

Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Melaka
17 Julai 2010
7 pagi

Lokasi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia

Perkarangan Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka
Lokasi program berhampiran tasik